Searching...
Tuesday 10 March 2015
08:00 1

2 gambar - Diana Danielle Berimej Se ksi Dan Jawapan Yang Mengejutkan Di Instagram...



Sumber Astro Gempak
KUALA LUMPUR, 9 MAC 2015: Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini dikejutkan dengan tersebarnya foto aksi seksi dan menggoda aktres Diana Danielle yang khabarnya menjadi model untuk majalah Esquire Malaysia keluaran bulan ini.
Rata-rata pengikut nyata terkejut dengan imej seksi yang ditampilkan Diana menerusi majalah itu, yang mana salah satu fotonya menampilkan isteri Farid Kamil ini tampil dengan hanya memakai bra hitam dan membalut dirinya dengan bendera Amerika Syarikat.
Menerusi laporan sebuah blog, Diana banyak bercerita mengenai karier dan perjalanan hidupnya sebagai anak seni dalam majalah tersebut. Bagaimanapun keberanian Diana untuk berpakaian menampakkan baju dalam lebih mendapat perhatian kritikan pelbagai pihak tambah-tambah lagi statusnya sebagai seorang ibu.
Portal Astro Gempak cuba untuk mendapatkan komen daripada Diana Danielle mengenai perkara tersebut tetapi gagal.
Pengurus Diana, Fadzil Zahari juga tidak memberikan sebarang reaksi ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp pada petang Isnin.
Sementara itu Diana ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya yang tertera tulisan "Freedom is being you, without anyone's permission" pada 14 jam yang lalu. (foto dibawah)
Mungkinkah gambar tersebut dimuatnaik Diana selepas mengetahui foto seksinya diviralkan?



1 comments: