Sudah 15 tahun industri hiburan tidak dengar khabar penyanyi dangdut Amelina yang suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu seperti Asyik, Rindu dan Memori Daun Pisang.
Bertemunya di sidang media yang diadakan kelmarin, Amelina yang kini telah berusia 40 tahun memberitahu bahawa dia tidak mahu muzik dangdut ini dilabelkan sebagai muzik kampung & agak sedih kerana selepas sahaja dia menghilangkan diri, dangdut terus dipinggirkan.
“Sudah tentu saya sedih melihat dangdut sudah tidak dapat perhatian seperti dahulu & terpinggir. Saya juga ada terfikir bagaimana kalau saya tidak menghilang dahulu, adakah ia masih bertahan hingga kini. Apa pun saya akan cuba kembalikan genre ini dengan cara baru nampak mahal dan tidak terus dilabel sebagai muzik kampung,” katanya bersemangat.
Amelina turut memberitahu bahawa dia kini dalam proses mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman bersama komposer, Ajai dalam merangka single nya yang terbaru.
“Kami masih dalam perbincangan tentang lagu dan proses untuk masuk studio untuk rakaman. Saya memang agak gementar sebab sudah lama tak masuk studio merakam lagu. Saya yakin Ajai dapat memberikan yang terbaik sesuai dengan peredaran lagu masa kini,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Amelina turut menjelaskan bahawa dia telah membuat sebanyak tiga kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan.
“Saya sudah lama fikir untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu. Sehingga saya buat tiga kaki solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai,” katanya.(rtky/hfz)
sumber rotikaya.com
0 comments:
Post a Comment