Searching...
Wednesday, 1 April 2015
07:33 0

10 Tempat Percutian Di Malaysia Yang Rakyat Harus Pergi...

#1 – Tubotel Langkawi

Langkawi antara tempat menarik di Malaysia yang patut anda lawati, tetapi dalam banyak2 namun ada satu tempat yang ramai tidak tahu iaitu Tubotel Langkawi. Yang bestnya view tempat tersbut di tambah dengan keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel mmg. puas hati dan berbaloi jika anda lawatinya.

Visit Tubotel Langkawi : Tubotel Langkawi

#2 – Tanah Aina Fahad, Pahang

Bagi yang jenis meminati percutian ala2 hutan atau nak lari sebentar dari kesibukkan kota, ini adalah tempat yang sesuai, bercuti dan tidur dalam khemah adalah satu keunikan yang ada pada Tanah Aina Fahad Resort ni. Yang bestnya khemah2 diaorg memang bertaraf 5 bintang. so, gerenti puas hati sambil menikmati keindahan flora dan fauna tempat tersebut.

#3 – Time Capsule Retreat, Pahang

Satu lagi tempat menarik di Pahang ialah Time Capsule Retreat yang menggunakan konsep hotel dalam paip pembentung. Menarik? Taklah, sangat menarik! Satu capsule ini hanya untuk 2 orang sahaja.

#4 – Casa Titik, Pahang

Jika anda penonton setia Teman Lelaki Upahan, pasti anda kenal sangat banglo di Cherating ini. Banglo yang diberi nama Casa Titik ini adalah banglo kepunyaan Kyra Lyda (dalam cerita TLU). Mungkin anda boleh dapatkan feel seperti cerita TLU dengan berkunjung ke banglo tersebut.

#5 – The Dusun, Negeri Sembilan

Jika ke Negeri Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke Nilai, nak borong baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama famili, kami syorkan anda cuba ke The Dusunyang terletak di Mantin. Suasananya lebih kepada menikmata keindahan alam.

#6 – Eight Acres, Pahang

Jika anda pencinta alam, sudah pasti Eight Acres antara tempat percutian menarik yang akan anda kunjungi. Di resort ini terdapat dusun buah-buahan, spa ikan dan bermacam lagi. Datanglah ketika musim durian, pasti puas hati!

#7 – Sekeping Serendah, Selangor

Siapa cakap tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping Serendahyang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian telefon tidak ada di sini.

#8 – The Shorea, Negeri Sembilan

Jika anda ke Seremban, singgahlah ke The Shorea. Di sini anda boleh jungle trekking dan mandi air terjun di Hutan Simpan Berembun.

#9 – LimasTiga, Melaka

Kota A Famosa mungkin tempat paling popular di Melaka. Namun anda boleh ubah angin dengan berkunjung ke LimasTiga yang terletak di Umbai, Melaka. Resort ini menggunakan konsep kampung moden, dengan fasiliti seperti kolam renang yang pastinya digemari anak-anak anda.

#10 – Desa Balqis, Melaka

Masih di Melaka, kita terus ke Kuala Linggi yang menjadi tempat di mana Desa Balqis beroperasi. Lokasi resort ini terletak betul-betul di tepi Selat Melaka. Jika anda inginkan suasana tinggal di kampung, tetapi dalam rumah kampung yang eksklusif, Desa Balqis adalah jawapan paling tepat.

Sumber malaysianetworks.com

0 comments:

Post a Comment