Gangguan seksual terhadap wanita nampaknya semakin menjadi-jadi di tempat tumpuan orang ramai terutama di kawasan pengankutan yang sesak seperti di stesen LRT dan Monorel.
Terbaru seorang wanita tampil membuat luahannya dilaman sosial selepas trauma dengan satu kejadian dimana seorang lelaki telah meraba badannya dan meengeluarkan alat sulitnya.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.30 pagi ketika mangsa menaiki tren dari Bandar Tasik Selatan untuk menghadiri sebuah kursus di Kuala Lumpur.
Berikut adalah luahan wanita tersebut.
Ya Allah, Subhanallah.. Dugaan teruk pagi-pagi ini. Dahlah menghadap ‘jem’, lepas itu berlari naik tren berhimpit-himpit.
Dugaannya adalah, nampak mamat baju purple tu? Kami berhimpit-himpit dalam tren. Himpit yang teramat rapat. Tangan dia dekat sangat dengan badan aku.
Tiba-tiba aku rasa lain. Aku tengok, tangan dia dah sentuh badan aku. Lepas itu aku cuba mengelaklah. Selepas itu aku teruskan main handphone. Kita main handphone confirm pandang bawah kan?
Apa yang aku nampak, dia keluarkan alat sulit dia dari zip seluar. Siap ramas-ramas. Aku tergamam. Tak boleh nak menjerit atau nak marah. Agak terkejut.
Nasib tinggal satu stesen je lagi. Dalam keadaan mengigil dan menangis, aku pergi ke monorail Hang Tuah. Dia pun ada, tetapi dia kat depan. Itu yang aku sempat nak rakam gambar dia.
Dengan serta merta aku lambat pergi kursus hari ini.
Please kaum Hawa, make sure depan belakang kiri kanan awak adalah perempuan. Apa nama tu? Ladies Coach? Tak ingat pula. Dalam keadaan kejar masa nak pergi kerja, korang sempat ke nak pilih pintu mana yang korang nak masuk? Tak akan.
So please, aku tak pakai seksi pun. Aku pakai baju kurung, baju nak pergi kerja pun kena juga.
Aku tak tahu sama ada lelaki itu warga asing atau tempatan. Sumpah aku fobia, trauma rasanya. Aku cuma mampu menangis di tepi tren ini.
Aku tak paksa untuk percaya, aku kaum Hawa, aku sayang kaum aku.
Lokasi: LRT dari Bandar Tasik Selatan.
Masa: 8.30 pagi
Tarikh: 6.4.2015
Pada pandangan admin, semua tren yang ada sekarang haruslah mencontohi tindakan yang dilakukan oleh Komuter KTM dengan mewujudkan gerabak khas untuk wanita kerana ia sudah pasti berkesan mencegah kejadian ganguan seksual seperti ini.
sumber siakap keli
0 comments:
Post a Comment