#Singapura: Bilionair Singapura Peter Lim yang memiliki kelab Sepanyol Valencia memasuki pemasaran sukan apabila membeli hak cipta imej bintang bola sepak Cristiano Ronaldo.....
#Dalam kenyataan hari ini, Mint Media berpangkalan di Hong Kong milik Lim, kontrak enam tahun dipersetujui dengan Ronaldo untuk mengembangkan jenama pemain itu di Asia. Bagaimanapun, ia tidak menyebut jumlah bayaran perjanjian itu....
#Mint Media akan memiliki dan menguruskan semua hak cipta imej Ronaldo kecuali yang berkaitan kelab bola sepak Real Madrid.....
#Ronaldo yang menggunakan popularitinya untuk penjenamaan, disenaraikan majalah Forbes sebagai atlet ketiga menerima bayaran tertinggi pada 2015 selepas peninju Floyd Mayweather dari Amerika Syarikat dan Manny Pacquiao dari Filipina.....
#Ronaldo ialah pemenang anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA sebanyak tiga kali dan mempunyai 36 juta pengikut Twitter serta 103 juta pengikut Facebook....
#Tahun lalu, Lim membeli Valencia serta pelabur utama dalam McLaren Automotive.... - AFP
0 comments:
Post a Comment